suria

Kelantan Diaibkan Sarawak Di Laman Sendiri

Pemain Felda United, Zah Rahan Krangar (jersi oren) diasak pemain Sabah ketika pertemuan di Stadium Selayang,Kuala Lumpur, malam Jumaat. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kelantan terpaksa akur dengan satu lagi kekalahan setelah diaibkan Sarawak 1-0 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, malam Jumaat.

Kesilapan yang dilakukan oleh pemain import pasukan tuan rumah, Obinna Nwaneri menanduk bola ke belakang mengundang padah apabila pemain Sarawak, Ryan Griffiths dapat menghidu peluang menjaringkan gol pada minit ke-52.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan T-Team 2-1.

Berbekalkan dengan tiga mata berharga itu pasukan Harimau Selatan memperbaiki kedudukan di tangga kedua carta liga selepas berkongsi 25 mata bersama pendahulu liga iaitu Pahang yang mempunyai kelebihan dari segi jaringan.

Bagaimanapun, T-Team membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi Leandro Dos Santos sebelum JDT menyamakan kedudukan menerusi Luciano Figueroa menerusi tandukan pada minit ke-30 setelah menerima hantaran lintang daripada rakan sepasukan Mohd Amri Yahyah.

Figueroa, pemain yang berasal dari Argentina itu, menjadi wira pasukan apabila mengesahkan kemenangan pasukan JDT menerusi gol pada minit ke-90.

Sementara itu dalam saingan Liga Perdana, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuhkan cengkaman sebagai pendahulu liga selepas mengalahkan Pulau Pinang 2-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Gol PDRM dijaringkan oleh Charles Chad Souza pada minit ke-53 dan Ashfaq Ali pada minit ke-90, manakala gol saguhati Pulau Pinang dijaringkan oleh Lee Kil Hoon pada minit ke-61.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Felda United turut mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan Sabah 2-1.

Dua gol Felda Unitd dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-17 dan Junior Wilson pada minit ke-66, manakala gol tunggal Sabah dijaringkan oleh Andrezinho pada minit ke-50.

Sementara itu lain-lain keputusan, Kedah mengalahkan DRB-Hicom 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Negeri Sembilan pula mengalahkan pasukan tercorot Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP FC) 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Perlis terikat 1-1 dengan SPA Putrajaya FC di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.

Kelantan, Sarawak, tewas, Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain