suria

Teka-Teki Jawatan Presiden FAM Diketahui Hari Ini

Sultan Ahmad Shah.
PETALING JAYA: Calon yang akan bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan diketahui pada Sabtu selepas Sultan Ahmad Shah difahamkan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan sempena Kongres FAM yang akan berlangsung bulan depan.

Senarai calon yang akan bertanding untuk jawatan tertinggi dalam pemilihan itu akan diumumkan pada Sabtu.

Namun, sehingga petang Jumaat, tiada nama lain dicalonkan untuk jawatan itu.

Desas-desus bahawa Sultan Ahmad Shah tidak akan mempertahankan jawatan presiden untuk sesi 2014-2018 bertiup kencang pada Jumaat.

Sumber yang rapat dengan FAM memberitahu baginda tetap dengan keputusan itu.

Bagaimanapun, persoalan itu hanya akan disahkan oleh Setia­usaha Agung, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam sidang akhbar selepas mesyuarat eksekutif FAM pada Sabtu.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) membuat keputusan mencalonkan Tengku Abdullah sebagai presiden.

Jika ini berlaku, bermakna mesyuarat eksekutif FAM kali ini adalah yang terakhir Sultan Ahmad Shah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Artikel Lain