suria

Sullivan Rapati Westood Dalam Saingan Buru Kejuaraan

Pemain golf dari England Lee Westwood membuat pukulan chipping di lubang ke-15 di hari ketiga Kejohanan Golf Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di sin, Sabtu.- Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Lee Westwood dari England mendahului satu pukulan mengatasi rakan senegaranya, Andy Sullivan dalam pusingan ketiga Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank 2014 di sini, Sabtu.

Westwood, yang mencatatkan pukulan satu bawah par 71 dalam pusingan hari ini, berada di tempat teratas dengan catatan tiga hari berjumlah 14 bawah par 202.

Sullivan, yang melonjak dari tempat kelima semalam dalam saingan memburu gelaran juara, mengumpul 13 bawah par 203.

Di tempat ketiga ialah Julien Quesne dari Perancis dengan melakukan pukulan keseluruhan berjumlah 10 bawah par 206, mengekori empat pukulan di belakang pendahulu.

Sementara itu, juara bertahan Kiradech Aphibarnrat dari Thailand terpaksa menarik diri daripada pusingan ketiga akibat radang tonsil.

Beliau mendapatkan rawatan di sebuah hospital malam semalam bagaimanapun masih berasa kurang sihat selepas diberikan suntikan antibiotik.

Ini merupakan kesudahan yang mengecewakan dalam usaha untuk mempertahankan kejuaraannya apabila beliau menamatkan pusingan kedua dengan catatan keseluruhan dua bawah par 142 untuk terikat di tempat ke-25.

Pemain golf dari England Lee Westwood membuat pukulan chipping di lubang ke-15 di hari ketiga Kejohanan Golf Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di sini hari ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain