suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerrard Suntik Kata Semangat Untuk Kemenangan Liverpool

KETUA pasukan Liverpool, Steven Gerrard memberikan kata semangat yang penuh emosi kepada rakan sepasukannya ketika pasukan itu membenam Manchester City 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Sebagai pemain paling senior, Gerrard dilaporkan berkata demikian kerana tidak mahu Liverpool tersingkir daripada merangkul kejuaraan yang ditunggu selama 24 tahun.

Liverpool kini merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai EPL manakala Chelsea yang kembali dibimbing Jose Mourinho pada musim ini mengikut rapat dengan kekurangan satu mata.

Dalam temubual selepas perlawanan Gerrard berkata, perlawanan itu berlangsung dengan penuh emosi perjuangan oleh rakan sepasukan.

"Ianya penuh emosi, kami perlu bertenang, terdapat empat perlawanan besar selepas ini," katanya selepas Liverpool hanya berbaki empat perlawanan sebelum EPL melabuhkan tirai.

Jelasnya, perlawanan menentang City merupakan antara cabaran terbesar yang perlu dilalui pasukan itu.

"Tempoh 90 minit hari ini sangat lama bagi kami untuk mendapat kemenangan, saya menunggu jam bergerak pantas supaya kami sekurang-kurangnya  mendapat satu mata," katanya.

Liverpool, Manchester City

Artikel Lain