Kahlefeldt, Vodickova Juara Ironman 70.3 Putrajaya - Sukan | mStar

Kahlefeldt, Vodickova Juara Ironman 70.3 Putrajaya

Peserta Ironman dari Republic Czech, Radka Vodickova berjaya memenangi pertandingan Ironman 70.3 kategori profesional wanita.
PUTRAJAYA: Atlet Australia Brad Kahlefeldt dan Radka Vodickova dari Republik Czech masing-masing menjuarai kategori lelaki dan wanita pada Ironman 70.3 Putrajaya edisi 2014 di sini Ahad.

Kahlefeldt, 34, mencatatkan masa tiga jam 55 minit dan 36 saat untuk mengetepikan cabaran Denis Chevrot dari Perancis yang ketinggalan dua minit dan enam saat.

Tempat ketiga disandang oleh rakan senegara Kahlefeldt, John Polson dengan catatan masa 4:06:37s.

Ini adalah laluan hebat tetapi dari sudut atlet, sekira anda berada di hadapan, ia memang sukar untuk tidak melihat sesiapa di luar sana.

"Dalam keadaan cuaca lembap, ia memang memerlukan gaya perlumbaan yang berbeza. Pada peringkat akhir, saya benar-benar merasainya. Bagaimanapun, saya amat gembira untuk menang acara ini," kata Kahlefeldt.

Dalam pada itu, Vodickova mencatatkan masa empat jam 23 minit dan 9 saat untuk meraih gelaran Ironman Putrajaya.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh dua peserta Australia Liz Blatchford dan Dimity-Lee Duke dengan catatan masa 4:24:17s dan 4:38:35s.

Kahlefeldt dan Vodickova masing-masing menerima hadiah wang tunai US$3,000 (RM9,711) serta piala.

Lebih 1,000 individu dan 56 pasukan mengambil bahagian dalam acara triatlon iaitu berenang sejauh 1.9km diikuti berbasikal sejauh 90km dan di akhiri dengan larian sejauh 21.1km.

Kedudukan Lima Teratas:

LELAKI:

1. Brad Kahlefeldt (AUS) 3 jam 55 minit 36 saat 

2. Denis Chevrot (FRA) 3:57:42s 

3. John Polson (AUS) 4:06:37s 

4. Stuart Marais (SA) 4:08:38s 

5. Fredrik Croneborg (SWE) 4:09:13s

WANITA:

1. Radka Vodickova (CZE) 4 jam 23 minit 09 saat 

2. Liz BLATCHFORD (AUS) 4:24:17s 

3. Dimity-Lee Duke (AUS) 4:38:35s 

4. Katja Rabe (GER) 4:52:07s 

5. Matilda Raynolds (AUS) 4:53:21s

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain