suria

Powell Digantung 18 Bulan Gara-Gara Guna Bahan Terlarang

Powell digantung 18 bulan.

BEKAS pemegang rekod 100 meter dunia, Asafa Powell digantung 18 bulan oleh badan disiplin anti-doping Jamaica pada Khamis selepas didapati mengambil bahan terlarang tahun lalu.

Jaguh pecut berusia, 31, positif dalam penggunaan sejenis ubat perangsang 'oxilophrine' pada aksi kejohanan kebangsaan tahun lepas dan penggantungan ini bermula pada 21 Jun 2013, pada hari sampel diambil.

Powell berkata, dia akan pertahankan dirinya serta membuat rayuan berdasarkan keputusan tersebut.

"Keputusan dan hukuman ini jelas tidak adil," jelasnya dalam satu kenyataan.

Pengerusi badan disiplin, Lennox gayle berkata: "Pihak panel menerima keputusan sebulat suara, dan ia diambil kira dalam pelbagai sudut yang Powell didapati bersalah cuai dalam tugasnya, lebih-lebih lagi dia adalah seorang atlet elit.

"Kami membuat keputusan menggantungnya selama 18 bulan bermula tarikh sampel diambil dan akan berakhir pada Disember 2014.

"Hukuman ke atas Powell ini dikenakan selepas dua hari bekas rakan latihannya, Sherone Simpson turut dijatuhkan hukuman 18 bulan gara-gara kesalahan yang sama.

Olahraga, 100 meter, Asafa Powell, Jamaica

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain