suria

Empat Pasukan Tempah Tiket Ke Separuh Akhir Piala Eropah

Pemain-pemain Juventus meraikan kemenangan mara ke separuh akhir Piala Eropah.

EMPAT pasukan mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Eropah selepas aksi suku akhir kedua awal pagi Jumaat.

Juara dua kali Piala UEFA, Sevilla mencatat kemenangan 1-0 ke atas Porto pada aksi pertama sebelum mengesahkan agregat 4-2 pada saingan kedua itu.

Juventus turut berada dalam empat pasukan terakhir dengan agregat 3-1 menang ke atas Lyon.

Manakala Valencia memang besar 5-0 ke atas Basel pada aksi timbal balik ini dengan mencatat kemenangan agregat 5-3.

Basel hanya beraksi sembilan orang apabila pemainnya Marcelo Diaz dilayangkan kad merah, manakala Gaston Sauro menerima kad kuning kedua.

Satu lagi pasukan akan ke separuh akhir adalah Benfica yang menang ke atas AZ Alkmaar 2-0.

Undian separuh akhir akan berlangsung pada awal pagi Sabtu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain