suria

Liga Juara-Juara: Chelsea Mara Separuh Akhir, PSG Hancur Tanpa Ibra

Pemain Chelsea dan pengurus mereka tidak dapat menyembunyikan kegembiraan di atas kemenangan 2-0 ke atas juara Perancis PSG dan mara ke separuh akhir dalam perlawanan kedua suku akhir di London pada malam Selasa.

PARIS: Paris Saint Germain (PSG) hancur tanpa Zlatan Ibrahimovic dan Chelsea mencuri peluang tersebut untuk menumpaskan kelab Perancis itu 2-0 (agregat 3-3) untuk mencipta magik dan mara ke separuh akhir Piala Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Pada perlawanan pertama  minggu lalu Chelsea tewas 1-3.

Namun begitu gol oleh pemain antarabangsa Jerman, Andre Schurrle dan Demba Ba tiga minit sebelum perlawanan tamat sudah memadai untuk skuad Jose Mourinho mara atas peraturan gol di tempat lawan.

Bagaimanapun Chelsea terpaksa membayar harga yang mahal di atas kemenangan itu apabila perancang tengah mereka, Eden Hazard terpaksa dikeluarkan pada minit yang ke-18 kerana cedera dan tempatnya diambil alih oleh Schurrle.

Namun kemasukan Schurrle sebaliknya membawa tuah kerana dia menyumbat gol pertama Chelsea pada minit ke-32.

Dan kemudian pada minit ke-66, Mourinho sekali lagi membuat pertukaran kali ini mengantikan Frank Lampard dengan Demba Ba. 

Pengurus asal Portugal itu sekali lagi membuat pertaruhan yang besar tetapi ternyata ia sama sekali berbaloi kerana hanya baki tiga minit lagi sebelum permainan tamat, pemain berbadan besar itu menjaringkan gol yang membawa Chelsea ke separuh akhir. 

Chelsea: Cech 8.5, Ivanovic 7, Cahill 7, Terry 7, Azpilicueta 6.5, Luiz 6.5, Lampard 7 (Ba 66, 7), Willian 7.5, Oscar 6.5 (Torres 81), Hazard 5 (Schurrle 18, 8), Eto'o 6.5.

Simpanan: Schwarzer, Cole, Mikel, Kalas.

Kad Kuning: Willian, Lampard, Ivanovic, Luiz.

Gol: Schurrle 32, Ba 87.

PSG: Sirigu 6.5, Jallet 6.5, Alex 7, Thiago Silva 7, Maxwell 6.5, Verratti 6 (Cabaye 54, 6.5), Thiago Motta 7, Matuidi 6.5, Lucas Moura 6.5 (Marquinhos 84), Cavani 6.5, Lavezzi 7.5 (Pastore 72).

Simpanan: Douchez, Menez, Digne, Van Der Wiel.

Kad Kuning: Verratti, Cavani, Lucas Moura, Maxwell.
Liga Juara-Juara, Chelsea, PSG

Artikel Lain