suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Golf: Pemain Amatur Utama Sertai Piala QSC

Lim Siew Ai

KUALA LUMPUR: Sebanyak 39 pemain amatur utama daripada13 negara akan menyertai Kejohanan Golf Piala Queen Sirkit ke-36 (QSC) Malaysia 2014 selama tiga hari di Saujana Golf & Country Club (SGCC), Subang, dekat ini, Rabu ini. 

Presiden Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) Tunku Puteri Jawahir Tuanku Ja'afar berkata Malaysia akan diwakili oleh Nur Durriyah Damian, Diane Luke dan Kelie Kan dalam cara berpasukan dan individu. 

"Pemain kita sedang berlatih dengan gigih di Lapangan Bunga Raya di SGCC sejak beberapa bulan lepas di bawah jurulatih, Lim Siew Ai, yang pernah beraksi pada Jelajah US LPGA. 

"Kami juga ada Lim Ai Lian sebagai kapten gantian bagi meningkatkan keyakinan pemain," katanya. 

Lim Ai Lian merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang menjuarai kategori individu kejohanan itu pada 1992, ketika China menjadi tuan rumah kejohanan itu. 

Antara negara yanga bersaing di sini ialah juara bertahan acara berpasukan Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan,  Thailand dan Jepun. 

Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 1985 dan 2002.

Artikel Lain