suria

Michael Schumacher Tunjuk 'Tanda Kemajuan'

Michael Schumacher
PELUMBA handal Formula One Michael Schumacher menunjukkan 'tanda-tanda sedar' selepas beberapa bulan dalam keadaan koma dan sedang 'menunjukkan kemajuan', kata ejennya.

Schumacher terbabit dalam kemalangan ski 14 minggu lalu dan dalam proses untuk sedarkan diri selepas koma, dengan Sabine Kehm memberikan kemas kini menggalakkan mengenai keadaannya.

"Michael sedang menunjukkan kemajuan," kata Kehm dalam satu kenyataan.

"Dia menunjukkan tanda-tanda sedar dan kebangkitan. Kami sentiasa bersama-sama beliau semasa saat-saat perjuangan dan kesukaran beliau yang panjang, bersama-sama dengan pasukan hospital di Grenoble, dan kami akan terus yakin.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk simpati berterusan. Pada masa yang sama kami sekali lagi meminta untuk anda semua memahami bahawa kami tidak berhasrat untuk mendedahkan butiran lanjut.

"Ini adalah perlu untuk melindungi privasi Michael dan keluarganya dan untuk membolehkan pasukan perubatan bekerja dengan penuh ketenangan."

Schumacher masih tidak dapat bernafas dengan sendiri dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Doktor memulakan proses menyedarkannnya secara beransur-ansur lebih dari sembilan minggu lalu.

Beliau menerima rawatan sepanjang masa di unit rawatan rapi di Hospital Universiti Grenoble.

Isterinya, Corinna , 45 bersama  dua orang anak Gina Marie, 16, dan Mick, 14 kekal berada di sisi beliau.

Sementara itu seorang rakannya menafikan laporan bahawa Corinna membelanjakan £10 untuk membina sebuah suite perubatan lengkap di rumah mereka di Switzerland.

"Michael akan dipindahkan ke sebuah klinik pemulihan pada peringkat tertentu, bagaimanapun tidak pada peringkat ini, " kata rakannya.

"Kami yakin Michael akan sedar. Oleh itu mengapa kita perlu membina kemudahan her tunjuk tanda sedardi rumahnya ?

"Ini mengimplikasikan bahawa kesnya tiada harapan."

Juara dunia tujuh kali itu masih di unit rawatan rapi di Hospital Grenoble di Perancis, tetapi keluarganya tetap "yakin " dia akan sedar dari koma menurut Sabine Kehm,  pengurus dan ejen Schumacher.

Beliau menambah tidak ada kebenaran dalam laporan bahawa keluarga Schumacher sedang membina kemudahan perubatan di rumah mereka.
Michael Schumacher, koma, Sabine Kehm

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain