suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerusi Presiden Perlu Perubahan - Annuar

Annuar Musa

TAN Sri Annuar Musa terus melihat kerusi nombor satu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memerlukan perubahan.

Menerusi akaun Facebook miliknya pada Selasa, Annuar berkata, adalah sesuai tempat itu diberikan pembaharuan. 

Katanya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dicalon mampu menyambung tugas dan membawa pembaharuan.

"Semoga ada perubahan yang positif demi bola sepak negara. Jasa yang lama dikenang, upaya yang baru diketengahkan.

"Majulah bola sepak sebagai agenda nasional," katanya menerusi akaun Facebook miliknya itu.

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang turut dicalonkan ahli gabungan dilaporkan masih belum membuat keputusan sama ada mempertahankan jawatannya atau sebaliknya.

Perkembangan berkenaan didedahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika pemilihan pucuk pimpinan yang baru bagi badan induk berkenaan semakin hampir iaitu 25 Mei.

Bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad melihat Tengku Abdullah adalah calon yang tepat seandainya Sultan Ahmad Shah tidak mempertahankan jawatan.

Tan Sri Annuar Musa, FAM, Presiden

Artikel Lain