suria

Figueroa, Aimar Terlepas Hukuman Rasis

Pablo Aimar.
PETALING JAYA: Dua pemain Johor Darul Takzim (JDT), Luciano Figueroa dan Pablo Aimar diputuskan tidak bersalah terhadap kes perkauman terhadap pemain Pahang, Stewart.

Sebelum ini Figueroa dan Aimar dilaporkan memanggil pemain kelahiran Jamaica itu sebagai monyet dan negro.

"Dalam kes ini sekiranya kedua-duanya didapati bersalah, mereka akan digantung lima perlawanan, didenda RM15,000 dan denda kepada pasukan RM60,000.

"Kami telah membuat pertimbangan daripada kedua-dua pihak dan mengambil  tempoh tiga jam untuk membuat keputusan yang tertuduh mengaku tidak bersalah.

"Antara perkataan yang dikatakan rasis ialah monyet dan negro. 

"Selepas disoal siasat dan banyak perkara kami bincangkan, kami sebulat suara daripada enam orang ahli jawatankuasa terpaksa membuat keputusan bahawa kes ini digugurkan kerana teknikal, tiada bukti kukuh dan fakta yang meragukan.

"Sebab tidak kukuh kerana mangsa tidak melaporkan perkara itu pada pengadil. Jika dia lapor, sekurang-kurangnya pemain-pemain terbabit boleh dikenakan kad kuning atau merah," jelas Timbalan Jawatankuasa Tatatertib FAM, Adenan Othman.

Insiden ini dilaporkan berlaku ketika aksi Liga Super di Pahang dan JDT di Stadium Darul Makmur, 7 Februari lalu.

Artikel Lain