suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Tewas Mengejut

Jaringan gol sendiri oleh John Terry memusnahkan Chelsea dalam perlawanan menentang Crystal Palace pada Sabtu

HARAPAN Chelsea untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris mengalami rencatan yang tidak diduga apabila mereka tewas 0-1 kepada kelab di tangga tercorot Crystal Palace di Selhurst Park pada Sabtu.

Lebih parah ialah gol tunggal The Eagles itu adalah hasil tandukan gol sendiri oleh kapten Chelsea, John Terry tidak lama selepas separuh masa kedua bermula.

Tetapi hero sebenar Palace ialah penjaga gol mereka, Julian Speroni yang dua kali berjaya menafikan percubaan Eden Hazard.

Kemudian penyerang Palace hampir menjadikan keadaan 2-0 apabila rembatannya terhalang oleh tiang gol.

Chelsea masih mengungguli takhta liga buat masa ini tetapi hanya dengan kelebihan satu mata sahaja berbanding Manchester City.

Kemenangan Palace ini adalah yang pertama dalam enam perlawanan dan berjaya membawa mereka lima mata di atas tiga kelab terbawah.

Chelsea, Crystal Palace, John Terry

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain