suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Mahu Dapatkan 'Lionel Messi Iran', Sardar Azmoun

ARSENAL dilaporkan telah membuat tawaran bagi mendapatkan penyerang Rubin Karzan, Sardar Azmoun yang turut digelar 'Lionel Messi Iran'.

Pemain berusia 19 tahun yang membuat penampilan pertama sebagai penyerang profesional bersama Rubin itu turut diklasifikasikan sebagai pemain muda terbaik di Rusia ketika ini.

Azmoun turut dikaitkan dengan AC Milan dan Juventus sebelum ini, bagaimanapun Arsenal telah mengikut rapat perkembangan pemain itu dan sekarang bersedia untuk mengatur permindahan.

Difahamkan, Arsenal telah menawarkan sebanyak £2 juta kepada Rubin bagi mendapatkan pemain yang turut beraksi bersama skuad bawah 21 tahun Iran.

Azmoun memberitahu media Rusia, wakil Arsenal telah menemuinya dan perpindahan ke Emirates merupakan satu impian baginya.

Wanger ketika ini juga telah bersedia untuk untuk menandatangani Azmoun manakala wakil kelab telah cuba mengikat perjanjian awal untuk mendapatkan perpindahan serendah £2 juta.

Penyerang licik, berkemahiran dan tangkas itu berpindah ke kelab rusia daripada kelab Liga Pro Iran, Sepahan Isfahan pada 2013.

Arsenal, Rubin Karzan, Rusia, Iran

Artikel Lain