Selepas empat perlawanan, Malaysia mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mengumpul 10 mata dan mendahului carta kedudukan enam pasukan.
Malaysia perlu melengkapkan jadual pusingan awal dengan menentang Australia, Sabtu ini.
Australia, yang mengutip sembilan mata dalam tiga perlawanan sebelum ini, akan berdepan dengan Korea Selatan pada Jumaat sebelum menentang Malaysia, Sabtu ini.
Korea Selatan, dengan tujuh mata, akan melengkapkan jadual dengan menentang Afrika Selatan, Sabtu ini.
Dalam pertemuan dengan China, Malaysia tidak menghadapi masalah untuk mendahului 5-0 pada babak pertama perlawanan.
Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi Muhammad Marhan Mohd Jalil diikuti tiga minit kemudian oleh Azlan Misron.
China, yang mengutip tiga mata selepas mengalahkan Afrika Selatan 5-0, Jumaat lepas, merapatkan jurang jaringan menerusi E Liguang pada minit ke-44 dan dua percubaan pukulan sudut penalti oleh Du Talake pada minit ke-61 dan 66.


