suria

Liga Juara-Juara: Chelsea Mara Ke Suku Akhir, Tewaskan Galatasaray

Eto'o menjaringkan gol pembukaan pada aksi bertemu Galatasaray, Rabu.

PUSINGAN kedua 16 pasukan terakhir menyaksikan Chelsea mara ke suku akhir selepas menang 3-1 secara agregat ke atas Galatasaray pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Selepas terikat seri 1-1 pada pusingan pertama bulan lalu, Galatasaray berkunjung ke Stamford Bridge dengan harapan untuk menewaskan The Blues, namun Samuel Eto'o berjaya membuka jaringan seawal minit ke-4 permainan sebelum Gary Cahill menambah gol kedua sebelum tamat babak pertama.

Dengan barisan pertahanan yang kukuh, anak buah Jose Mourinho menepis cubaan pasukan pelawat, lebih-lebih lagi bekas bintang Chelsea, Didier Drogba.

"Gary dan John (Terry) mempamerkan prestasi menakjubkan ketika mengekang dua penyerang lawan, dan keseluruhannya kita mengawal permainan.

"Malah kamu tidak melihat Drogba berada dalam keadaan berbahaya. 

"Skuad berada dalam keadaan mantap, berkeyakinan tinggi dan dapat mengawal keadaan selama 90 minit, dan ia sukar.

"Ia satu perlawanan yang bagus. Tidak ada perasaan gentar, kami mempunyai semangat untuk merapatkan kedudukan walaupun sebelum ini berada dalam situasi 1-1.

"Namun akhirnya kami mendapat keputusan yang baik pada pusingan pertama sekaligus dapat menyelesaikan tugas ini," jelas Mourinho.

Artikel Lain