suria

Prestasi Hambar United, Penyokong Salahkan Ferguson

Ferguson dipersalahkan kerana memilih Moyes sebagai penggantinya.

PENYOKONG Manchester United menyalahkan Sir Alex Ferguson berikutan kemerosotan prestasi pasukan itu kerana mendakwa bekas pengurus United berkenaan bertanggungjawab memilih David Moyes sebagai pengganti.

Satu tinjauan yang dijalankan oleh United fanzine Red mendedahkan sebanyak 40.57 peratus daripada penyokong menyoal tindakan Ferguson melantik bekas pengurus Everton sebagai penggantinya pada awal musim ini.

Selain itu, pemilik kelab iaitu keluarga Glazer turut mendapat kecaman atau dipersalahkan oleh seramai 32,55 peratus manakala 17.45 peratus lagi menyalahkan Moyes terhadap kedudukan semasa pasukan berkenaan yang ketinggalan 18 mata daripada pendahulu liga iaitu Chelsea.

Seramai 4.25 peratus penyokong pula bertindak meletakkan kemerosotan kelab berkenaan berpunca daripada aksi pemain selain 3.77 peratus pula menganggap ia kesalahan Ketua Eksekutifnya, Ed Woodward.

Walalupun peminat telah memberikan sokongan terbaik ketika United kalah kepada Liverpool hujung minggu lalu, namun penyokong kecewa dengan corak kendalian Moyes.

Tekanan kelab itu untuk memecat Moyes kelihatan akan bertambah sekiranya United terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah ketika menentang Olympiakos pada Rabu.

Pertembungan antara United dengan Menchester City pada Selasa depan pula akan menjadi penentu kepada nasib Moyes.

Artikel Berikut

Artikel Lain