suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Van Persie Dan Neville Sertai Akademi Man City

Robin van Persie
ANAK Robin van Persie dan Phil Neville menjalani latihan bersama akademi Manchester City dan bukannya Manchester United. 

Shaqueel van Persie,7, dan Harvey Neville,11, merupakan pelatih muda yang bermain bersama City berbanding dengan kelab yang disertai bapa mereka.

Belum jelas mengapa mereka tidak dilatih di Old Trafford.

Sumber kelab memberitahu sebuah akhbar di sana bahawa ia berita yang menjadi tanda tanya.

"Ia sedikit mengejutkan tentang perkara itu. Kamu perlu fikir jika mereka pergi ke tempat lain, ia adalah United," jelas sumber tersebut.

Anak-anak mereka telah menandatangani bersama skuad Manuel Pellegrini, malah sudah pun berlatih di sana.

Neville kini menjadi jurulatih di bawah pengurusan David Moyes, manakala Van Persie pula merupakan penjaring terbanyak di England musim lalu sejak berpindah dari Arsenal.

Artikel Berikut

Artikel Lain