Terengganu Rampas Tangga Teratas Liga Super - Sukan | mStar

Terengganu Rampas Tangga Teratas Liga Super

KUALA LUMPUR: Pasukan Terengganu merampas tangga teratas Liga Super daripada jiran mereka, Kelantan, selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam Sabtu.

Gol tunggal pemain import dari Cameroon, Vincent Bikana pada minit ke-16 membolehkan skuad 'Penyu' menduduki tangga teratas liga dengan 13 mata bersama-sama Kelantan, namun dibezakan oleh jumlah jaringan.

Kelantan pula turun ke tangga kedua liga selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang Pahang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.

Dua gol skuad 'The Red Warriors' dijaring oleh kapten pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi seawal minit pertama dan Khairul Izwan Rosli pada minit ke-80 manakala dua gol pasukan pelawat dijaringkan Mohd Saiful Nizam Miswan dan Mohd Faizol Hussein, masing-masing pada minit ke-13 dan 70'.

Sementara itu, Sarawak merampas tangga ketiga daripada JDT selepas menewaskan Lions XII dari Singapura menerusi kemenangan 3-1 di Stadium Negeri, Kuching.

Tiga gol skuad 'Ngap Sayot' dijaringkan S. Chanturu pada minit ke-16 dan 40' serta Mohamad Rashid Aya (75') manakala gol sagu hati pasukan pelawat dihasilkan Muhammad Nazrul Ahmad Nazari pada minit ke-35.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri selepas terikat seri 1-1 ketika berdepan Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel terlebih dahulu meletakkan skuad 'Gergasi Merah' di hadapan seawal minit ketiga perlawanan sebelum Juan Manuel Arostegui menyamakan kedudukan untuk ATM pada minit-minit terakhir separuh masa pertama.

Sementara itu, pasukan Perak kalah mengejut 0-2 kepada wakil kelab Lembah Klang, Sime Darby FC di Stadium Perak, Ipoh.

Bekas pemain mereka, Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri menjadi watak pemusnah pasukan tuan rumah selepas meledakkan dua jaringan masing-masing pada minit ke-16 dan 41'.

Terdahulu, pasukan tuan rumah ditimpa malang selepas pemain import dari Myanmar, Kyaw Zayar Win dilayang kad merah oleh pengadil perlawanan kerana melakukan kekasaran ke atas pemain Sime Darby FC.

Liga Super , Terengganu , JDT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain