suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anelka Tinggalkan West Brom

Nicolas Anelka.
WEST BROMWICH: Penyerang Nicolas Anelka mengumumkan pada Sabtu beliau meninggalkan West Bromwich Albion dan menamatkan kontraknya dengan serta-merta selepas dikenakan penggantungan  bermain lima perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA).

Beliau didapati bersalah oleh FA England kerana meraikan gol jaringannya yang dianggap berbaur perkauman.

Bekas penyerang kebangsaan Perancis itu digantung daripada beraksi bulan lalu kerana melakukan tindakan kurang disenangi peminat.

Namun tindakannya itu yang dikenali sebagai “quenelle” di negaranya, dianggap sebagai anti-Semitik.

Anelka dalam Twitternya pada Sabtu berkata, beliau bercadang untuk meninggalkan kelab itu kerana tidak dapat menerima syarat ditetapkan West Brom sekiranya mahu kembali semula dalam skuad berkenaan.

“Cadangan dibuat untuk saya kembali semula ke dalam pasukan dengan syarat tertentu yang tidak boleh saya terima," kata Anelka.

Anelka kini berada di Perancis untuk meraikan hari lahirnya yang ke-35.  

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga

Artikel Lain