suria

Chelsea Kuasai Kedudukan Teratas Liga

Ba menjaringkan gol keempat Chelsea ketika bertemu Spurs, awal pagi Ahad.

CHELSEA semakin mengukuh kedudukan teratas Liga Perdana dengan kelebihan tujuh mata selepas menambah koleksi kemenangan ke atas Tottenham Hotspur, 4-0 awal pagi Ahad.

The Blues kehilangan penyerangnya, Fernando Torres kerana kecederaan ketika sesi pemanas badan dan digantikan dengan Samuel Eto'o.

Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Eto berjaya membuka jaringan pada minit ke-56 sebelum Eden Hazard menambah gol kedua melalui penalti.

Minit ke-76, Eto dikeluarkan dan digantikan dengan Demba Ba.

Kemasukan Ba tidak disia-siakan apabila dia menjaringkan dua gol pada minit ke-88,90'.

Kemenangan ini menyaksikan Chelsea mengukuhkan rekod 75 perlawanan tanpa kalah di laman sendiri sejak Jose Mourinho menjadi pengurus.

The Blues menngumpul 66 mata, diikuti Liverpool,59, Arsenal,59 dan keempat Manchester City,57 mata.

Chelsea, epl, Demba Ba

Artikel Berikut

Artikel Lain