suria

Pemilik Birmingham City Dihukum Penjara Enam Tahun

Yeung didapati bersalah terlibat dengan pelaburan wang haram di Hong Kong.

PEMILIK Birmingham City, Carson Yeung dijatuhkan hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Hong Kong kerana terlibat dengan pelaburan wang haram.

Yeung menafikan tuduhan yang melibatkan $93 million (£55m) (RM 303 juta) di antara Januari 2001 dan Disember 2007, namun tetap terbukti bersalah dan berdepan dengan enam tahun penjara Hong Kong.

Bekas penggaya rambut ini merupakan jutawan kaya yang terkenal memberitahu kepada mahkamah bahawa dia memiliki kekayaan melalui perniagaan mendandan rambut, perdagangan, hartanah, memiliki kasino judi yang berpusat di Macau dan beberapa pelaburan.

Bagaimana pun pendakwaraya sangsi mengenai pembayaran cek kepada Yeung daripada pekerja syarikat di Macau.

Hakim Mahkamah Daerah, Douglas Yau berkata, Yeung telah menipu mengenai punca kewangannya dan mengada-adakan cerita bahawa duit itu diperolehi daripada perniagaan salon dan juga syarikat perjudian selepas perbicaraan yang mengambil masa lebih 50 hari itu.

Yeung yang juga Pengarah Eksekutif Birmingham City meletak jawatannya sebagai ahli lembaga kelab Birmingham City dan Birmingham International Holding Limited (BIHL), kelab syarikat milik ibubapanya.

Sehingga kini, belum pasti sama ada ahli perniagaan berusia 54 tahun itu akan membuat rayuan mengenai tempoh hukuman tersebut.

Artikel Lain