suria

Model But Bola Baharu Diperkenal

But bola berstokin baharu keluaran Nike.
'DEMAM' Piala Dunia yang bakal melanda dunia tidak lama lagi telah menunjukkan 'simptomnya' apabila dua syarikat pengeluar barangan sukan terkenal mula berperang memperkenalkan revolusi but bola terbaharu iaitu but bola berstokin.

Tatkala Adidas yang merupakan jenama dari Jerman memperkenalkan but bola jenis Magista di Barcelona, Nike juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan pembaharuan dalam but bola mereka.

Walaupun kedua-dua syarikat memperkenalkan bentuk but yang kelihatan sama, namun ia masih memberi kelebihan untuk pengguna mengujinya.

Ketika memperkenalkan but yang berstokin itu, Nike menggunakan pemain Barcelona, Andres Iniesta untuk menceritakan kelebihan menggunakan but bola keluaran terbaharu itu.

Tidak kurang juga 'serangan' iklan yang dilakukan di laman-laman sosial khususnya Tweeter.

Pengenalan model baharu itu turut mendapat tarikan daripada peminat barangan sukan terutamanya pemain bola sepak dari serata dunia.

Nike, Adidas, Barcelona, Iniesta

Artikel Berikut

Artikel Lain