Bekas Pengurus England Selar Kenyataan Campbell

Graham Taylor

DUA orang bekas pengurus England dan beberapa orang bekas pemain berkulit gelap menyelar kenyataan yang dibuat Sol Campbell berkaitan gelaran kapten pasukan.

Bekas pemain pertahanan Arsenal dan Tottenham Hotspur, Campbell yang dilahirkan di London oleh ibu bapanya yang berasal dari Jamaica mencatat 73 kap dari 1996 hingga 2007 dan menjadi kapten England sebanyak tiga kali.

Graham Taylor yang mengendalikan skuad kebangsaan di antara tahun 1990 dan 1993 terkejut dengan tuduhan melulu itu.

"Sol menbuat cerita yang boleh melariskan bukunya. Saya tidak boleh terima apa yang dinyatakan itu.

"Saya tidak pernah ada apa-apa pengaruh warna kulit dalam memilih siapa yang menjadi kapten," katanya.

Bekas pemain 39 tahun itu menceritakan perkara tersebut dalam buku biografinya dan artikelnya dikeluarkan dalam akhbar Sunday Times.

"Saya tidak fikir ia akan berubah kerana mereka tidak mahu malah majoriti peminat-peminat juga tidak mahu," luah Campbell.

"Tidak mengapa jika pasukan Bawah 18 Tahun dan B-21 ada kapten berkulit gelap, tetapi bukan dalam pasukan kebangsaan. Saya fikir pihak FA berharap saya orang putih.

"Saya mempunya kredibiliti, prestasi baik, menjadi kapten..dan saya merupakan seorang kapten di kelab ketika awal karier (di Tottenham). Saya percaya jika saya berkulit putih, saya akan menjadi kapten lebih 10 tahun".

Bagaimana pun Taylor menekankan bahawa pemain tengah Paul Ince merupakan kapten berkulit gelap yang pertama dilantik.

"Tidak ada orang dari Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) yang membuat tanggapan bahawa saya tidak boleh memberi gelaran kapten kepadanya.

"Itu tidak berlaku sepanjang saya menjadi pengurus," jelas bekas pengurus Aston Villa dan Watford ini.

Sven-Goran Eriksson yang memberi lilitan kapten kepada Campbell ketika bertemu Amerika Syarikat 2005, memberitahu akhbar Telegraph bahawa 'tidak ada peluang' bahawa tuduhan itu betul.

Campbell berkata, ia sangat memalukan selepas penyerang Michael Owen menjadi kapten berbandingnya yang dilantik oleh Eriksson tetapi John Barnes yang menjadi pemain England (berkulit gelap) percaya kapten-kapten yang lain layak diberi penghormatan.

"Saya tidak yakin Sol akan menjadi kapten selama 10 tahun kerana jika kamu lihat senarai kapten, mereka ada Tony Adams dan selepas itu Alan Shearer," jelas Barnes.

Sementara itu, bekas Ketua Eksekutif FA (2003-04) Mark Palios, terkejut dengan kenyataan Campbell itu.

"Menggambarkan FA seperti itu adalah contoh kepada gambaran mengarut dan dia telah menimbulkan isu rasis dan tidak patut berkata demikian.

"Jika kamu bercakap menegnai pemilihan kapten, itu adalah tugas pengurus England.

"Kami tidak pernah campur tangan memberi saranan siapa yang perlu dipilih untuk berada dalam skuad ataupun menjadi kapten," tambah Palios.


Sol, Campbell, england, Eriksson, barnes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain