suria

Terbuka Acapulco: Dimitrov Julang Trofi Kedua

Grigor Dimitrov

PEMAIN Bulgaria, Grigor Dimitrov menundukkan pemain tuan rumah, Kevin Anderson 7-6(7-1) 3-6 7-6 (7-5) pada aksi akhir Terbuka Acapulco, lewat Ahad malam.

Pemain berusia 22 tahun ini meraih gelaran juara kedua selepas turut menjulang trofi Terbuka Stockholm pada Oktober lalu.

"Percaya! Itu sahaja yang bermain di fikiran saya pada aksi ini. Saya tidak yakin akan kembali berada di kedudukan ini selepas aksi separuh akhir.

"Saya rasakan permainan itu terlalu teruk (separuh akhir).

"Keadaan fizikal saya terlalu letih sekarang. Saya akan cuba dapatkan rehar hari ini, atau mungkin esok," jelasnya.

Sementara itu, ini merupakan kekalahan kedua dalam tempoh beberapa minggu ini buat Anderson, yang turut tewas pada Marin Cilic pada aksi akhir Terbuka Pantai Delray sebelum ini.

"Buat masa sekarang saya terlalu kecewa. Saya dapat rasakan kejayaan itu menghampiri saya.

"Saya akan cuba lupakan dan berfikiran positif kerana sedar ia sukar dan bukan acara sukan yang mudah. Kamu hanya ada dua pilihan, sama ada mahu ditewaskan ataupun maju ke depan," kata Anderson.

Acapulco, Dimitrov, bulgaria

Artikel Lain