suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Juara Terbuka Hong Kong, Rangkul Gelaran Hatrik

Chong Wei ketika ditemuramah oleh wartawan selepas menjuarai perseorangan lelaki badminton Terbuka Hong Kong, Ahad. -foto AFP

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berjaya merangkul gelaran hatrik Terbuka Hong Kong apabila menang pada perlawanan peringkat akhir di Coliseum Hong Kong, Ahad.

Chong Wei, 31, mengatasi pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro, 21-13, 21-9.

Pemain nombor satu dunia itu, sebelum ini menjuarai kejohanan itu dua kali berturut-turut pada 2009 dan 2010.

Pada pertemuan separuh akhir, Chong Wei mengalahkan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-12, 21-7.

Untuk rekod, pertemuan antara Chong Wei dan Sony merupakan kali ke-14 dengan Chong Wei menang lapan kali dengan kali terakhir pada Terbuka Malaysia tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain