suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tony Pulis Dilantik Pengurus Baru Crystal Palace

Tony Pulis
Tony Pulis
Tony Pulis

LONDON: Tony Pulis pada Sabtu dilantik sebagai pengurus baru Crystal Palace.

Tony, 55, dari Wales telah menandatangani kontrak dua setengah tahun dan tiba di Selhurst Park dengan kelab London itu memperoleh enam mata dari zon selamat Liga Perdana Inggeris.

"Crystal Palace Football Club gembira untuk mengumumkan pelantikan Tony Pulis sebagai pengurus dengan kontrak dua setengah tahun," kata sebuah kenyataan di laman web Crystal Palace.

"Tony akan menjaga pasukan selepas permainan hari ini menentang Hull City."

Tony dijadualkan menonton Palace beraksi menentang Hull dari tempat duduk penyokong dan bertanggungjawab terhadap perlawanan menentang Norwich City pada 30 November.

Palace sebelum ini tiada pengurus tetap sejak Ian Holloway meninggalkan kelab itu genap sebulan yang lalu pada 23 Oktober, selepas kekalahan 4-1 di tempat sendiri kepada Fulham.

Tony mencipta nama sebagai pengurus di Stoke City dan meninggalkan Stoke pada Mei selepas menduduki tempat ke-13 tempat dalam Liga Perdana musim lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain