suria

Bolasepak: Balachandran Tagih Aksi Konsisten Di Laos

KUANTAN: Ketua jurulatih Bawah 16 Kebangsaan, S. Balachandran mengharapkan pemain-pemainnya mampu pamerkan semangat juang yang tinggi menjelang Kelayakan Piala Asia B-16 Tahun pada 21 hingga 29 September ini.

Selepas mencatat sejarah tersendiri menjulang trofi juara Piala AFF B-16 Tahun di Myanmar awal bulan ini, skuad negara sekali lagi bakal mengharungi saingan sengit di Laos minggu hadapan.

"Kita muncul juara di Myanmar baru-baru ini. Secara keseluruhan mereka cukup bagus dari segi taktikal.

"Ketika perlawanan di sana, pihak lawan banyak bermain secara bertahan, tetapi kami lebih kepada menyerang.

"Dan kita tidak kalah dalam lima permainan termasuk final," jelasnya kepada media selepas Majlis Makan Malam Pestabola Merdeka, Khamis malam.

Pada aksi baru-baru ini, skuad muda negara menewaskan Indonesia 3-2 secara penalti selepas terikat seri 1-1 dalam tempoh permainan.

Selain Malaysia, turut beraksi pada kejohanan tersebut ialah Vietnam, Mynmar, Brunei, Kemboja, Australia dan Indonesia.

"Perlawanan AFC lebih besar dan saya harapkan pemain-pemain dapat memberi fokus dan konsisten kerana kita ada peluang untuk mendapat keputusan yang baik.

"Pasukan Malaysia diundi bersama pasukan Korea Selatan, Laos, Brunei dan Guam.

"Barisan pemain masih lagi yang sama ketika aksi di Myanmar dan mereka kini giat menjalani latihan di Akademi Bola Sepak Negara, Gambang," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bach Dipilih Presiden Baru OIC

Artikel Lain