suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Acara Gusti Kembali Ke Olimpik

KUALA LUMPUR: Acara gusti kembali ke temasya Olimpik susulan pengundian oleh anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Buenos Aires, Argentina pada Ahad.

Menurut laman sesawang rasmi IOC www.olympic.org, acara sukan itu menerima 49 daripada 95 undi, manakala besbol/sofbol dan skuasy masing-masing menerima 24 dan 22 undi.

Sukan gusti itu akan dipertandingkan pada temasya Olimpik 2020 dan 2024.

Terdahulu pada sesi IOC ke-125, jawatankuasa itu bersetuju 25 sukan akan menjadi acara teras pada sukan Olimpik 2020.

Acara terbabit ialah olahraga, lumba perahu, badminton, bola keranjang, tinju, kayak, berbasikal, ekuestrian, pedang, bola sepak, gimnastik, angkat berat, bola baling, hoki, judo, akuatik, pentatlon, taekwondo, tenis, ping pong, menembak, memanah, triatlon, pelayaran dan bola tampar.

Tokyo, Jepun dipilih sebagai tuan rumah untuk edisi 2020. - BERNAMA

Gusti, (IOC), Buenos Aires, Argentina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bach Dipilih Presiden Baru OIC

Artikel Lain