suria

Skuad England Tanpa Sturridge

Daniel Sturridge
Daniel Sturridge
Daniel Sturridge

PENYERANG Liverpool, Daniel Sturridge diketepikan daripada skuad England pada aksi Kelayakan Piala Dunia bertemu Ukraine kerana mengalami kecederaan di bahagian paha.

Sturridge juga direhatkan Jumaat lalu ketika skuad kebangsaan itu menang 4-0 ke atas Maldova.

Selain Sturridge, skuad Roy Hodgson itu agak goyang apabila Danny Welbeck digantung perlawanan, manakala Wayne Rooney dan Andy Carroll turut mengalami kecederaan.

Dengan itu, penyerang Southampton Rickie Lambert bakal mengetuai skuad selepas mempamerkan prestasi terbaik dengan melakukan dua kali jaringan termasuk membantu memenangi perlawanan persahabatan bertemu Scotland 3-2 bulan lalu.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA): "Pihak FA mengesahkan Daniel Sturridge tidak akan bersama England menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia dengan Ukraine Selasa ini.

"Pegawai perubatan England telah berhubung dengan kelab Liverpool sejak dia kembali ke sana Khamis lalu, yang mana kecederaannya masih belum pulih dan jelas sekali dia tidak cergas untuk perlawanan di Kiev nanti.

"Tiada perubahan yang dibuat oleh skuad Roy Hodgson dalam senarai 23 pemain yang akan berkunjung ke Ukraine awal pagi Ahad."

England kini menguasai kedudukan Kumpulan H mencatat perbezaan gol dengan pasukan Montenegro dan kini mengumpul 15 mata.

Bersama England dalam Kumpulan H - Montenegro,Ukraine, Moldova, Poland dan San Marino.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain