suria

Cindy, Michelle Koh Layak Ke Kejohanan LPGA Malaysia 2013

KUALA LUMPUR: Pemain profesional negara Cindy Lee-Pridgen dan Michelle Koh menempah tiket ke Kejohanan Golf LPGA Malaysia Sime Darby 2013 selepas masing-masing muncul juara dan naib juara pada pusingan kelayakan kebangsaan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara, di sini Jumaat.

Cindy, yang mendahului pusingan pertama semalam, mencatatkan empat di atas par 146 selepas dua pusingan manakala Michelle pula lapan di atas par 150 untuk menduduki tangga kedua daripada sembilan peserta tempatan.

Kejohanan berprestij bernilai US$2 juta (RM6.6 juta) itu akan diadakan di lapangan sama dari 10 hingga 13 Oktober ini.

Selepas aksi cemerlang dengan pukulan par 71 semalam, Cindy, 37, mampu menguasai pusingan akhir walaupun pencapaiannya merosot empat di atas par 75.

Ibu kepada dua anak lelaki itu, yang menjadi pemain profesional pada 2004, berkata beliau mahu menebus kekecewaan kali ini selepas penampilan kali pertama pada edisi 2010. Sementara itu, Michelle melakukan catatan konsisten dengan empat di atas par 75 pada kedua-dua pusingan kelayakan itu.

"Saya tidak percaya apabila dimaklumkan bahawa saya sudah layak. Saya hanya bermain seperti biasa dan akan menerima sebarang keputusan," kata pemain berusia 22 tahun itu.

Kedua-kedua wakil negara itu akan menyertai dua lagi pemain terbaik pusingan serantau iaitu Chang Yu-Shin dan Chien Pei-Yun, kedua-dua dari Taiwan pada kejohanan itu. Keputusan Akhir:

MALAYSIA:

146 - Cindy Lee-Pridgen (71-75); 150 - Michelle Koh (75-75); 151 - Loy Hee Ying (78-72), Nur Durriyah Damian (77-74); 152 - Hillferah Tan (78-74); 154 - Kalie Kan Kah Yan (80-74); 155 - Dianne Luke (75-80); 157 - Aretha Pan Herng (79-78); 178 - Shareen Rena Lai (88-90). SERANTAU: 143 - Chien Pei-Yun (TPE) 70-73, Chang Yu-Hsin (TPE) 74-69, Cheng Ssu-Chia (TPE) 69-74; (Chien and Chang won the three-way play-off) 145 - Chen I-Wen (TPE) 74-71; 146 - Kuo Ai-Chen (TPE) 74-72; 147 - Aditi Ashok (IND) 72-75, Cyne Marie Rodriguez (PHI) 74-73; 148 - Chihiro Ikeda (PHI) 73-75; 149 - Wichanee Meechai (THA) 72-77, Kanphanitnan Muangkhumsakul (THA) 73-76, Jaruporm Palakawong Na Ayutthaya (THA) 77-72; 150 - Princess Mary Superal (PHI) 77-73; 151 - Rungthiwa Pangjan (THA) 76-75, Walailak Satarak (THA) 77-74; 152 - Narisara Kerdrit (THA) 78-74; 153 - Tiranan Yoopan (THA) 74-79; 159 - Sarah Jane Ababa (PHI) 80-79; 160 - Huang Shu-Huai (TPE) 81-79; 166 - Love Lynn Mary Guioguio (PHI) 84-82; 167 - Jessica Ang (SIN) 81-86.

-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Pemain Termahal Eropah Musim Ini

Artikel Lain