suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayern Munich Juara Piala Super UEFA

Pemain Bayern Munich meraikan kejayaan mereka memenangi trofi Piala Super UEFA, awal pagi Sabtu.
Pemain Bayern Munich meraikan kejayaan mereka memenangi trofi Piala Super UEFA, awal pagi Sabtu.
Pemain Bayern Munich meraikan kejayaan mereka memenangi trofi Piala Super UEFA, awal pagi Sabtu.

PRAGUE: Pemenang Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, Bayern Munich menjulang trofi Piala Super UEFA selepas menewaskan Chelsea, 5-4 menerusi penentuan penalti selepas terikat 2-2, awal pagi Sabtu di Praque.

Penjaga gawang Bayern, Manuel Neuer muncul wira kelab Jerman itu apabila menyelamatkan percubaan terakhir Chelsea yang gagal disempurnakan pemain gantiannya, Romelu Lukaku.

Chelsea yang beraksi dengan hanya 10 pemain tampak berpeluang cerah untuk memenangi perlawanan itu selepas Eden Hazard meletakkan kedudukan 2-1 pada waktu tambahan.

Namun, pemain gantian Bayern, Javi Martinez menyamakan kedudukan, memaksa juara ditentukan menerusi sepakan penalti.

Kesemua sembilan pemain berjaya menyempurnakan percubaan masing-masing kecuali Lukaku.

Penyerang Fernando Torres meletakkan Chelsea di depan sebelum Franck Ribery menyamakan kedudukan dua minit selepas babak kedua bermula.

Bayern memenangi Piala Super UEFA yang pertama dalam percubaan keempat kelab tersebut.

Ia merupakan trofi pertama pasukan itu dibawah bimbingan jurulatih baru, Pep Guardiola.

"Ia kali pertama, kami amat berbangga. Kami bermain dengan cemerlang. Saya amat gembira dengan persembahan kesemua pemain," kata Guardiola.

Artikel Lain