Ada Yang Tidak Kena Dalam Industri Bola Sepak - Presiden PBNS - Sukan | mStar

Ada Yang Tidak Kena Dalam Industri Bola Sepak - Presiden PBNS

Pemain Kelantan Dickson Waekame cuba di asak oleh dua pemain Negeri Sembilan pada aksi Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selasa.
Pemain Kelantan Dickson Waekame cuba di asak oleh dua pemain Negeri Sembilan pada aksi Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selasa.

SEREMBAN: "Ada sesuatu yang tidak kena dalam industri bola sepak," demikian reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung prestasi buruk skuad Hoben Jang Hoben tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, keadaan itu bukan hanya berlaku dalam pasukan bola sepak negeri ini tetapi juga disedari melanda industri sukan itu di seluruh negara.

Ditanya sama ada terdapat unsur-unsur pengamalan rasuah dalam sukan bola sepak di negeri ini, beliau menjawab, "Bukan unsur-unsur, memang ada," katanya dalam sidang media selepas menghadiri jamuan rumah terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mat Ali Hassan, pada Rabu.

Mohamad berkata, ia dapat dilihat menerusi aksi beberapa pemain Negeri Sembilan yang mempamerkan aksi buruk dalam saingan Liga Super musim ini sehingga menyebabkan pasukan itu menduduki tangga tercorot liga dan jatuh ke Liga Perdana Malaysia untuk saingan musim depan.

"Kalau main betul-betul memang boleh menang. Kalau kita lihat baru-baru ini kita kalah 5-3 kepada Pahang dalam saingan Piala Malaysia. Mana boleh perkara itu berlaku jika tidak ada sesuatu yang tidak kena.

"Semalam kita letak pemain pertahanan berusia 19 tahun menentang Kelantan. Kelantan bukan pasukan biasa, tapi kita lakukan dengan baik apabila seri 1-1. Sebab itu, saya cakap ada sesuatu yangtidak kena dalam industri bola sepak," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pihaknya sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara itu dan menyerahkan kepada badan itu untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemain yang didapati bersalah.

"Saya sudah cakap banyak kali jangan kecewakan kawan, jangan khianati pasukan, jangan khianati peminat, jangan khianati negeri, tapi nampaknya nasihat saya tiada siapa yang menilai.

"Jadi kalau tindakan diambil nanti jangan salahkan saya, jangan salahkan persatuan," katanya yang enggan menamakan atau merujuk kepada posisi mana-mana pemain yang dimaksudkannya.

Negeri Sembilan yang pernah menjuarai Piala Malaysia bagi musim 2011 menduduki tangga tercorot dalam saingan Liga Super musim ini selepas mencatat hanya satu kemenangan daripada 22 perlawanan.

Bagi saingan Piala Malaysia musim ini pula Negeri Sembilan berada di tangga ketiga dalam kumpulan C selepas meraih satu kemenangan, satu seri dan satu kalah dalam saingan yang masih berlangsung.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ARRC: Ramdan Tidak Mahu Terburu-Buru

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel