suria

Chelsea Beli Willian Dengan Perjanjian 30 Juta

Willian
Willian
Willian

LONDON: Chelsea pada Ahad mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk menandatangani pembelian pemain tengah kelab Anzhi Makhachkala, Willian dari Brazil, tertakluk kepada pemberian permit kerja.

Sebelum ini pemain berusia 25 tahun itu menetapkan untuk menyertai Tottenham Hotspur dan telahpun menjalani pemeriksaan perubatan awal minggu ini.

Bagaimanapun laporan media British mendakwa Chelsea akan membayar kos sebanyak kira-kira £30 juta (RM150 juta) bagi mendapatkan perkhidmatan Willian.

"Kelab Bola Sepak Chelsea boleh mengesahkan perjanjian telah dicapai dengan kedua-dua pihak iaitu Willian dan kelab Anzhi Makhachkala bagi pemindahan pemain Brazil ini.

"Pemindahan ini adalah tertakluk kepada permit kerja pendengaran pada hari ini," demikian menurut kenyataan di laman web Chelsea, www.chelseafc.com.

Willian akan menjadi pemain keempat menyertai Chelsea pada perpindahan semasa, selepas penjaga gol Australia, Mark Schwarzer; pemain tengah Belanda, Marco van Ginkel dan pemain Jerman, Andre Schuerrle.

Penyertaannya ke Chelsea akan menambah bilangan penyerang tengah pengurus pasukan, Jose Mourinho. AFP

Chelsea, Willian, Brazil

Artikel Lain