suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Acara Terjun Seirama Tetap Dipertandingkan Di Temasya Sukan Komanwel 2014

PUTRAJAYA: Kontinjen negara mempunyai prospek meraih pingat emas dalam acara terjun seirama menerusi gandingan penerjun negara Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee pada temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia mempunyai prospek memenangi pingat emas dalam acara itu kecuali acara renang seriama yang tidak akan dipertandingkan pada temasya sukan itu.

"Saya difahamkan acara terjun seirama kekal dipertandingkan pada Sukan Komanwel tahun depan," katanya pada sidang media di pejabatnya pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa penganjur Sukan Komanwel akan menggugurkan acara terjun irama pada tahun depan.

Sementara itu, Pandelela berkata Scotland, selaku tuan rumah, akan mengalami kerugian sekiranya acara terjun seirama tidak dipertandingkan memandangkan mereka mempunyai pasukan yang mantap dalam acara tersebut.

"Pada Kejohanan Renang Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini, penerjun Scotland merupakan antara pencabar kuat kepada pasukan negara," katanya pada majlis penyerahan insentif oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini.

Pandelela dan Mun Yee masing-masing menerima RM5,000 daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas kejayaan memenangi pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama pada Kejohanan Renang Dunia itu.-BERNAMA

Artikel Lain