suria

Soldado Sah Milik Spurs

Roberto Soldado.
Roberto Soldado.
Roberto Soldado.

LONDON: Tottenham Hotspur mencapai persetujuan dengan Valencia untuk mendapatkan khidmat penyerangnya, Roberto Soldado.

Bagaimanapun kelab dari utara London itu pada Jumaat berkata, masa depan Gareth Bale masih samar.

Minggu lalu, pengurus Spurs, Andre Villas-Boas mendedahkan kelab Liga Perdana Inggeris itu mengadakan perbincangan untuk mendapatkan khidmat Soldado.

Pada Jumaat kelab itu mengumumkan dalam laman webnya bahawa perjanjian mendapatkan Soldado membabitkan bidaan bernilai 26 juta pound.

“Kami amat teruja untuk mengumumkan bahawa kami sudah capai persetujuan dengan Valencia untuk mendapatkan Roberto Soldado dan bergantung kepada keputusan pemeriksaan kesihatannya," kata kelab itu dalam tottenhamhotspur.com.

Valencia juga mengesahkan dalam laman web rasmi kelab itu bahawa persetujuan sudah dicapai bersesuaian dengan terma perpindahan yang dikehendaki.

Soldado memulakan kariernya di Real Madrid namun dia hanya membarisi skuad kesebelasan utama sebelum dijual ke Getafe pada 2008.

Pada musim 2006/07 dia dipinjamkan ke kelab Osasuna.

Dia berpindah ke Valencia pada 2010 dan beraksi cemerlang dengan mencatat 80 jaringan dalam 146 penampilan untuk kelab itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain