suria

T-Team Lantik Che Ku Marzuki Sebagai Jurulatih Harungi Piala Malaysia

KUALA TERENGGANU: T-Team melantik Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor sebagai jurulatih bagi menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rashid Jusoh berkata jurulatih Eduardo Almeida dari Portugal ditugaskan semula untuk mengendalikan Akademi Bolasepak Young Titans.

Che Ku Marzuki pada mulanya dilantik menggantikan Peter Butler yang disingkir semasa menghadapi kempen Liga Super.

Bagaimanapun Che Ku Marzuki digantikan pula oleh Eduardo apabila beliau gagal meningkat prestasi T-Team.

Eduardo kemudiannya berjaya mengekalkan T-Team di persada Liga Super musim depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

United Tewaskan All Star 5-1

Artikel Lain