BAM Sahkan Lydia Cheah Letak Jawatan Sebagai Pemain Kebangsaan - Sukan | mStar

BAM Sahkan Lydia Cheah Letak Jawatan Sebagai Pemain Kebangsaan

Lydia Cheah
Lydia Cheah

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain perseorangan wanita negara, Lydia Cheah telah bertindak keluar meninggalkan badan induk itu dan meletak jawatan sebagai pemain kebangsaan.

Pengurus Besar BAM, Kenny Goh berkata pemain wanita nombor tiga negara itu, menyerahkan surat peletakan jawatannya dalam skuad kebangsaan pada Isnin lepas (15 Julai) tanpa memberi alasan.

"Orang (pemain) nak letak jawatan, kita (BAM) tidak boleh buat apa, terpulang kepada mereka dan saya pun tidak mempunyai sebarang komen mengenai hal ini.

"Tetapi, kita akan kemukakan kepada anggota gabungan mengenai peletakan jawatan Lydia pada mesyuarat majlis BAM pada 27 Julai ini dan tengoklah apa kata mereka nanti," katanya.

Lydia yang juga kakak kepada pemain badminton meningkat naik negara, Sonia Cheah, pernah memenangi beberapa gelaran, antaranya pingat perak pada Kejohanan Badminton Kebangsaan Malaysia edisi 2006/2007 dan juara di kejohanan sama pada edisi 2011/2012.

Dalam tempoh tidak sampai seminggu, arena badminton negara berdepan detik sukar melibatkan kedua-dua beradik Cheah itu.

Selain peletakan jawatan Lydia, Sonia terpaksa menarik diri daripada menyertai Kejohanan Dunia di Guangzhou, China dari 5 hingga 11 Ogos ini, berikutan kecederaan tendon Achilles betis kanan yang dialaminya pada Selasa lepas. - BERNAMA

BAM , Lydia Cheah , Kenny Goh

Artikel Sebelum

United Tewaskan All Star 5-1

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain