suria

Naza World Penaja Utama Paintball Piala Asia Dunia 2013

Tun Mahathir meneliti kereta Chevrolet sambil diperhatikan SM Faizal (kiri) selepas majlis penyerahan tajaan Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia Naza, Isnin. Foto RICKY LAI / THE STAR

PETALING JAYA: Edisi ketiga Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) yang akan berlangsung pada 14 hingga 18 November ini bakal menyaksikan penampilan tajaan utama baharu sekaligus nama Naza World memeriahkan lagi kejohanan tahunan ini.

Piala Dunia Asia Paintball Naza (NWCAP) bakal menghangatkan lagi kejohanan ini yang akan berlangsung di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi seperti tahun sebelum ini.

Naza World menyerahkan tajaan keseluruhan bernilai lebih kurang RM6 juta dalam tempoh tiga tahun, bersama 20 buah kereta Chevrolet sebagai kenderaan rasmi sepanjang kejohanan ini berlangsung.

"Penglibatan Naza dalam dunia sukan bukanlah sesuatu yang baharu. Kami turut dengan terlibat dengan sukan bola sepak, permotoran, sepak takraw dan sekarang paintball.

"Seperti acara lain, sukan paintball ini juga mempunyai tarikan tersendiri yang melibatkan gaya hidup golongan muda.

"Saya berbangga menjadi penaja utama kejohanan ini serta menyerahkan kereta Chevrolet sebagai kenderaan rasmi.

"Lebih membuat saya gembira untuk melibatkan diri dalam sukan paintball ini adalah kerana patronnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah banyak memberi sokongan kepada Kumpulan Naza," jelas Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Naza, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin selepas pelancaran kejohanan ini pada Isnin.

Penajaan Naza World juga bertujuan memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk terus mempromosikan sektor pelancongan melalui pertandingan ini, seterusnya meletakkan Langkawi sebagai pusat antarabangsa sukan ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain