suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukma: Kelantan Pertahan Pingat Emas Ragbi

SERDANG: Skuad ragbi Kelantan mempamerkan belang mereka selepas mempertahankan pingat emas pada final kategori Cup pada Sukan Malaysia (Sukma) 2013 pada Ahad.

Dalam aksi di Padang Kolej Canselori, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, pasukan Kelantan di bawah kendalian Mohd Saizul Hafifi Md Noor membelasah Melaka 36-0.

Mohd Saizul Hafifi, yang ditemui pemberita selepas perlawanan itu, bangga dengan kejayaan anak didiknya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2011 di Kuala Lumpur.

"Ternyata latihan intensif yang kita jalankan dua bulan sebelum bermulanya temasya ini membuahkan hasil," katanya.

Mohd Saizul Hafifi berkata, walaupun kehilangan khidmat tiga pemain utama yang mewakili negara pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) yang kini berlangsung di Kazan, Russia, ia tidak mematahkan semangatnya untuk melatih pasukan Kelantan.

Terdahulu, Kedah meraih gangsa selepas mengalahkan Terengganu 35-5. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain