suria

Lions XII Tewaskan Felda United 4-0, Juara Liga Super

Pasukan Lions XII meraikan kejayaan selepas dinobatkan juara Liga Super 2013.
Pasukan Lions XII meraikan kejayaan selepas dinobatkan juara Liga Super 2013.
Pasukan Lions XII meraikan kejayaan selepas dinobatkan juara Liga Super 2013.

PETALING JAYA: Pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII meraih kejuaraan lebih awal apabila mengalahkan Felda United 4-0 di laman sendiri pada perlawanan ke-21 Liga Super.

Walau berbaki satu lagi perlawanan Lions XII yang mencatat kemenangan ke-12 daripada 21 perlawanan ini membolehkan mereka bergelar juara buat kali pertama dengan mengumpul 43 mata.

Gol pertama pasukan ini diperolehi apabila Azrul Ahmad menjaringkan gol sendiri daripada tendangan Shahril Ishak pada minit ke-47 sebelum Shahril menjaringkan gol kedua pada minit ke-57, Fazrul Nawaz minit ke-60 dan Shahfiq Ghani minit ke-83.

Felda United dan Negeri Sembilan bakal diturunkan beraksi dalam Liga Perdana musim depan.

Artikel Lain