suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukma Ke-16: Terengganu Pintas W.Persekutuan Dalam Pungutan Pingat

KUALA LUMPUR: Kontinjen Terengganu mula menunjukkan taring di Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 apabila merampas tempat teratas carta pungutan pingat daripada kontinjen Wilayah Persekutuan dengan menambah tiga emas dan dua perak pada hari keenam temasya itu.

Terengganu kini mengumpul 10 emas, sembilan perak dan enam gangsa untuk mengatasi Wilayah Persekutuan yang memungut 10 emas, enam perak dan 11 gangsa.

Johor di tempat ketiga dengan sembilan pingat emas, tiga perak dan 13 gangsa.

Emas pertama Terengganu dikutip menerusi acara mendayung apabila Muhammad Faizzuan Mohd Pazi mengungguli acara scull perseorangan lelaki.

Dua lagi emas Terengganu masing-masing disumbang pasangan adik-beradik Muhammad Faris Abdullah/Muhammad Faiz Abdullah menerusi acara double scull (LM2X) beregu lelaki serta pasangan beregu Syed Muhammad Iskandar Putra Syed Abdul Fattah/Abdul Hadi Omar dalam acara beregu (M2) lelaki.

Sementara itu, Pahang mengungguli acara woodball apabila mengutip satu emas, satu perak dan satu gangsa di OUG Woodball Garden, Klang.

Pingat emas Pahang disumbang Muhammad Hafizan Amiruddin/Syed Muhammad Nabil Syed Khairuddin menerusi acara beregu lelaki manakala gangsa bagi acara sama diraih rakan sepasukan Ahmad Saufi Umardi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain