suria

Ancelotti Sedia Bawa Rooney Ke Real Madrid

Rooney menjadi rebutan beberapa kelab untuk aksi musim depan.
Rooney menjadi rebutan beberapa kelab untuk aksi musim depan.
Rooney menjadi rebutan beberapa kelab untuk aksi musim depan.

BOS baru Real Madrid, Carlo Ancelotti bersedia untuk membawa penyerang Manchester United, Wayne Rooney musim depan sekiranya dia tidak gembira berada di Old Trafford.

Namun menurut laporan sebelum ini, Rooney lebih berminat untuk bersama Jose Mourinho di Chelsea, tetapi Madrid bersedia untuk mengikat pemain berusia 27 tahun itu.

Kedua-dua kelab ini dijangka mampu untuk membayar nilai perpindahan di antara £30 juta (RM148.26), manakala gaji mingguan sebanyak £250,000 seminggu.

Selain Real dan Chelsea, Rooney juga turut menjadi perhatian Arsenal bagi musim depan.

Artikel Lain