suria

Jadikan Sukan Ejen Penyatuan Kaum - Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Anugerah Olahragawati Majlis Anugerah Sukan Universiti Malaysia (MASUM) kepada atlet terjun Cheong Jun Hong dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada MASUM di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, malam Sabtu. Turut sama Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan (tengah). -Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sukan perlu terus dijadikan ejen penyatuan kaum di Malaysia selain membantu memperkukuh semangat 1Malaysia.

Berucap pada Majlis Anugerah Sukan MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia) 2012 di sini malam ini, beliau berkata ini penting dalam memastikan Malaysia terus menikmati keamanan dan kemakmuran.

"Suka juga saya mengingatkan atlet institusi pengajian tinggi (IPT) supaya mempamer prestasi cemerlang bukan sahaja di arena pertandingan tetapi juga di bilik kuliah kerana anda adalah bakal pemimpin negara masa hadapan," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan.

Beliau berkata penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi diharap membuahkan agenda serta perancangan lebih mantap dalam menyemarakkan lagi pembangunan sukan di peringkat sekolah, IPT dan negara.

Muhyiddin mahu semangat kerja sama yang tinggi antara kementerian, IPT dan semua organisasi sukan dipertingkat bagi melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia seperti Pandelela Rinong serta Bryan Nickson Lomas.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan anugerah Olahragawan MASUM 2012 kepada Muhamad Syafiq Ridhwan Abdul Malik dari Universiti Putra Malaysia mewakili sukan tenpin boling, dan Olahragawati MASUM kepada Cheong Jun Hong, penuntut universiti sama dari sukan terjun.

Masing-masing membawa pulang piala pusingan, trofi, wang tunai RM3,000 dan hadiah iringan.

Muhamad Syafiq menghantar wakil ke majlis itu kerana menyertai pertandingan di Singapura. -BERNAMA

Artikel Lain