suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayern Lengkap Kemenangan Tiga Trofi

BERLIN: Pemenang Liga Juara-Juara Eropah, Bayern Munich menjadi kelab pertama di Bundesliga membolot tiga trofi sekali gus selepas menumpaskan VfB Stuttgart 3-2 pada final Piala Jerman, awal pagi Ahad.

Selepas menggondol trofi juara Eropah untuk kali kelima di Wembley, Sabtu lalu disusuli jurai Liga Jerman, Bundesliga dengan mencatat rekod 91 mata, Bayern melengkapkan trofi kejuaraanya Piala Jerman untuk kali ke-16.

Bayern pernah memenangi kejuaraan Eropah tiga musim berturut-turut pada 1970-an namun jurulatih Jupp Heynckes menamatkan khidmatnya dengan penuh gemilang untuk mencatat tiga kejuaraan sekali gus.

Pada perlawanan awal pagi tadi, penyerang Mario Gomez menyumbat masuk dua gol manakala gol kegita menerusi penalti Thomas Mueller.

Namun, Stuttgart cuba bangkit pada separuh masa dua menerusi tandukan penyerang Austria, Martin Harnik pada minit ke-71 dan satu lagi gol kira-kira 10 minit sebelum permainan tamat. - AFP

Artikel Lain