Azlan Sertai Perlumbaan JBS1000 MFJ Japan

Azlan bakal beraksi di Litar Autopolis hujung minggu ini.
Azlan bakal beraksi di Litar Autopolis hujung minggu ini.
Azlan bakal beraksi di Litar Autopolis hujung minggu ini.

PELUMBA SuperSports 600cc negara, Azlan Shah Kamaruzaman bakal ke Jepun minggu ini untuk menjalani latihan persediaan untuk menghadapi Kejuaraan Suzuka 8 Hour Endurance Road Race 2013.

Azlan akan beraksi atas tiket wildcard dalam Kejuaraan MFJ All Japan di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, litar yang tidak asing bagi Azlan sepanjang empat tahun lepas di dalam saingan ARRC.

Walau bagaimanapun, Azlan akan beraksi menggunakan jentera Superbike 1000cc di dalam kategori JSB1000 (Japan Super Bike), bukan kelas 600cc yang seringkali disertainya.

Keputusan ini menyaksikan Azlan menjadi pelumba Malaysia pertama yang beraksi dalam kelas perdana JSB1000cc di dalam saingan All Japan.

Sebaik selesai perlumbaan di Autopolis, Azlan akan meneruskan latihan sebagai persediaan untuk ke Kejuaraan Suzuka 8-Hour di Litar Suzuka dan kemudiannya kembali ke Malaysia bagi menghadapi Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix di Muar, Johor pada 8 dan 9 Jun.

“Berlumba dengan jentera Honda CBR1000RR lebih sukar berbanding jentera SuperSports 600cc.

"Jentera ini lebih berkuasa dan laju serta lebih susah untuk dikendalikan. Tambahan pula saya akan mengunakan tayar full slick dan terpaksa berhadapan dengan ramai pelumba-pelumba handalan Jepun.

"Walaupun pasukan tidak meletak sasaran tinggi, namun saya tetap berasa gementar,” jelas Azlan yang kini sedang mendahului kedudukan keseluruhan dalamkedua-dua perlumbaan ARRC dan Cub Prix.

Azlan menambah, “Saya begitu bersemangat untuk tampil buatpertama kali dalam saingan JSB1000.

"Saya akan menggunakan sepenuh peluang ini bagi menyesuaikan diri dengan jentera 1000cc dan berharap pengalaman yang diperoleh pada minggu ini dapat membantu saya untuk tampil lebih baik di Suzuka, Julai nanti.”

Mengulas lanjut tentang latihan di Suzuka, Azlan berkata, dia mahu lebih bersedia untuk menghadapi perlumbaan Suzuka 8-Hour dan sebab itulah pasukan saya telah menguruskan sesi latihan ini.

"Selepas menilai prestasi pada musim lepas, pasukan membuat keputusan di mana kami memerlukan jentera yang lebih baik jika mahu bersaing di kelompok hadapan.

"Melalui ujian ini, kami dapat mencuba peralatan yang baru dan juga menggunakan teknologi terkini yang seringkali diguna pakai oleh pasukan berstatus factory.

"Tidak banyak yang boleh diperkatakan buat masa ini cuma apa yang kami harapkan ujian kali ini dapat membantumeningkatkan keupayaan kami keseluruhan.”

Maklumat lanjut sila hubungi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) di talian 03-8733 8787 atau layari laman web rasmi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di www.malaysiancubprix.com

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain