suria

Rosberg Sambar Petak Utama GP Sepanyol

Nico Rosberg
Nico Rosberg
Nico Rosberg

BARCELONA: Pemandu kelahiran Jerman, Nico Rosberg memberikan pasukan Mercedes petak utama kali ketiga apabila bermula dari barisan depan Grand Prix Sepanyol selepas tamat sesi kelayakan pada malam Sabtu.

Petak utama itu adalah yang kedua berturut-turut buat Rosberg.

Dia akan diiringi rakan sepasukan, Lewis Hamilton yang menyambar petak utama di China pada bulan lalu.

Sementara itu, pemandu Red Bull, Sebastian Vettel pula menduduki petak ketiga manakala pemandu pasukan Lotus, Kimi Raikkonen di petak keempat.

Pemandu Ferrari, Fernando Alonso pula akan bermula di petak kelima. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain