suria

Kami Boleh Juara Tanpa Persie - Valencia

Antonio Valencia
Antonio Valencia
Antonio Valencia

PEMAIN sayap Manchester United, Antonio Valencia berkata, pasukanya mampu bergelar juara musim ini tanpa kehadiran Robin van Persie.

Bekas penyerang Arsenal itu dikatakan menjadi tunjang utama dalam meraih juara musim ini selepas dia mencatat 29 gol keseluruhan pada musim pertama di Old Trafford.

Valencia percaya kejayaan musim ini adalah disebabkan sikap pemain-pemain United sendiri yang mahu merampas kembali trofi yang dijulang Manchester City musim lalu.

"Takdir adalah sesuatu yang melucukan. Kami telah melakukan yang terbaik sejak permulaan musim kerana kami ingin menebus kembali kekecewaan musim lalu.

"Jadi kamu tidak boleh menafikan apa yang Robin 'tambah' kerana kami boleh menang tanpa dia.

"Tetapi Robin memang mempunyai kebolehan, kemahiran yang tinggi dan selalu menyelesaikan kebuntuan ketika di padang.

"Sebagai pemain sayap, saya gembira bekerjasama dengannya" jelas pemain antarabangsa Ecuardo ini.

Artikel Lain