suria

F1: Raikkonen Tagih Lotus Perlu Fokus Pusingan Kelayakan

Reaksi kecewa Raikkonen selepas berada di tempat kedua, tewas kepada Vettel pada perlumbaan F1 di Bahrain bulan lalu.
Reaksi kecewa Raikkonen selepas berada di tempat kedua, tewas kepada Vettel pada perlumbaan F1 di Bahrain bulan lalu.
Reaksi kecewa Raikkonen selepas berada di tempat kedua, tewas kepada Vettel pada perlumbaan F1 di Bahrain bulan lalu.

KIMI Raikkonen berkata, Lotus perlu memberi lebih fokus pada aksi pusingan kelayakan sekiranya ingin meraih banyak kejayaan.

Pelumba kelahiran Finland itu sehingga kini berjaya menaiki podium bersama juara bertahan, Sebastian Vettel.

Namun jelas Raikkonen, Vettel hanya sekali sahaja tidak bermula di petak pertama berbandig dirinya yang bermula di petak ketujuh atau lebih baik dalam tiga perlumbaan sekaligus mengakui faktor tersebut membuatkan dia berada di kedudukan kedua keseluruhan pemandu.

"Untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu, kami perlu bekerja lebih bijak dan kuat seperti mereka.

"Ia tidak menjadi rahsia lagi kami mahu kepantasan dalam pusingan kelayakan, dan ia amat sengit.

"Kami perlu berada di petak pertama atau kedua sekiranya mahu meraih kejayaan.

"Sudah pasti kami dalam kedudukan yang baik berbanding tahun lalu, tetapi ini merupakan musim yang panjang dan masih terlalu awal untuk meletakkan sebarang sasaran.

"Sudah pasti ia sesuatu yang sukar untuk menyekat Sebastian jika dia sentiasa mencatat keputusan yang baik.

"Jadi kami perlu mengutip mata daripada dia. Tetapi kamu tidak tahu apa yang terjadi. Kami akan terus memberi tekanan untuk lebih baik dan kita lihat di mana ia akan berakhir," jelas Raikkonen.

Kini kini berada di kedudukan kedua bagi keseluruhan pemandu dengan 67 mata, kekurangan 10 mata dari Vettel.

Begitu juga dengan kedudukan pengeluar yang mana Lotus-Renault mengutip 93 mata bagi berada di tempat kedua, manakala Red Bull masih menegkalkan tempat pertama dengan 109 mata keseluruhan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain