suria

MotoGP: Pedrosa Teruja Julang Trofi Di Litar Jerez

Pedrosa (tengah) merai kemenangan bersama Marquez (kiri) dan ketiga Jorge Lorenzo.
Pedrosa (tengah) merai kemenangan bersama Marquez (kiri) dan ketiga Jorge Lorenzo.
Pedrosa (tengah) merai kemenangan bersama Marquez (kiri) dan ketiga Jorge Lorenzo.

PELUMBA Repsol Honda, Dani Pedrosa mengungguli perlumbaan Pusingan 3 Motosikal Grand Prix (MotoGP) di Litar Jerez sekaligus merangkul gelaran juara pertama musim ini.

Rakan sepasukan Pedrosa, Marc Marquez berada di tempat kedua, dan turut mengumpul 61 mata keseluruhan bagi menguasai kedudukan keseluruhan pelumba.

"Ia merupakan perlumbaan sempurna bagi saya dan pasukan.

"Bagaimanapun saya tidak mahu memberi komen apa-apa mengenai perlumbaan ini," jelasnya.

Sementara itu, dua pelumba, Yamaha Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi terpaksa menerima hakikat dengan kepantasan dua pelumba Honda tersebut.

"Sebelum ini saya jangkakan kami lebih pantas daripada Honda, tetapi sebaliknya berlaku.

"Ia satu perlumbaan yang sukar. Malang sekali kami tidak mendapat kedudukan terbaik," jelasnya.

Rossi yang berada di tempat keempat yakin akan kembali bangkit pada aksi seterusnya selepas ini.

"Kami akan memperbaiki lagi tahap perlumbaan selepas ini," tambahnya.

Artikel Lain